Homeأهلا وسهلا ومرحبابكمFeb 11, 2006
Thanks for visiting my Multiply site! Semoga peroleh manfaat dunia akhirat.

ReviewReviewReviewReviewReviewHabbatus SaudaNov 19, '07 5:59 PM
for everyone
Category:Other
Habbatus Sauda

Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Habbatus Sauda merupakan tumbuhan yang paling banyak unsur senyawa.


ReviewReviewReviewReviewReviewMadu LebahNov 19, '07 12:10 PM
for everyone
Category:Other
MADU

MADU LEBAH sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir pada tahun 300 sebelum Masihi hingga ke tamadun Parsi, Greek dan Rom, sebagai satu cara penjagaan kesihatan.
Di Eropah, ada kesatuan diberi nama Apitheraphy, diasaskan oleh Profesor Bernard Descottes, Perancis yang menggunakan produk MADU LEBAH bagi penjagaan kesihatan.
Di Timur Tengah, masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan MADU LEBAH sebagai minuman kesihatan harian.
Bagi masyarakat Cina, amalan memberi madu lebah kepada anak sejak kecil sudah lama dipraktikkan.
Dalam persekitaran masyarakat berteknologi tinggi dan sentiasa sibuk sekarang, keperluan kepada makanan seimbang dan selamat adalah penting, malangnya kebanyakan pihak mengabaikan keperluan itu dengan mengambil jalan mudah dengan hanya bergantung kepada makanan dan minuman segera yang kurang berkhasiat.
Oleh itu, madu disyorkan menjadi makanan tambahan kepada kita disebabkan khasiatnya yang tidak ternilai.

KHASIAT MADU LEBAH

Berikut adalah antara lain Khasiat MADU LEBAH ASLI.
• Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal
• Mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi.
• Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
• Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
• MADU dan SARANG LEBAH MADU merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
• Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
• Menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
• Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. MADU LEBAH juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
• MADU LEBAH mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (sapukan).
• MADU LEBAH adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.

BAHAN MINERAL DAN VITAMIN DALAM MADU LEBAH
Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH:-
VITAMIN A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
VITAMIN B
Membantu pertumbuhan dan perkem-bangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma
VITAMIN C
Membantu mempercepatkan penyem-buhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
VITAMIN D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
VITAMIN E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
VITAMIN K
Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam MADU LEBAH dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.

Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan banyak memberi manafaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai jenis penyakit seperti:-
• Kencing manis
• Barah/Kanser
• Mata kelabu
• Letih/Lesu/Tenat
• Tenaga batin/Seks
• Lendir/Kahak
• Penyeri muka
• Awet muda
• Pendarahan otak
• Gastrik
• Gagap
• Bersalin - senang
• Batuk
• Penyakit Kulit
• Sakit Telinga
• Lemah jantung
• Jerawat
• Pening
• Pekak
• Lumpuh
• Uban (Berpenyakit)
• Susah tidur
• Sakit sendi • Sembelit
• Selsema
• Sakit puan
• Resdung
• Darah tinggi
• Sakit kepala
• Angin
• Luka
• Keputihan
• Bintik-bintik hitam
• Rambut gugur
• Sakit pinggang
• Terbakar
• Haid
• Buasir
• Batuk kering
• Lupa
• Keracunan Makanan
• Asma/Lelah
• Kurang darah
• Alahan/Allergic
• Kanak-kanak (Sihat)
• Dan lain-lain...

MADU LEBAH MENURUT AL-QURAN & HADIS
Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat mengikut saranan al-Qur'an dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.

Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya.

Sabda Baginda :
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"
( Hadis riwayat Abu Daud)

Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.

Firman Allah dalam surah an-Nahl:

(Surah An-NAhl: 69).
Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:

Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:

Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.
Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.

MADU LEBAH MENURUT KAJIAN SAINTIFIK
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, MADU LEBAH mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

Madu juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, phosporus, potassium, sodium dan zink. MADU LEBAH juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.
Kajian terkini membuktikan kandungan MADU LEBAH yang terdiri dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. Ini meningkatkan stamina para atlit, menurut Dr. Susan lagi.

Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik kandungan MADU LEBAH juga boleh menjadi agen anti-mikrobial, untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria.

Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia, "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam MADU LEBAH"
Cendekiawan perubatan Rom menggunakan MADU LEBAH agar pesakit sukar tidur supaya tenang dan memudahkan pesakit tidur lena.

Hippocrates, cendekiawan Greek menyanjung tinggi MADU LEBAH dalam keupayaan penyembuhan penyakit. Beliau telah banyak menghasilkan ubat-ubatan berasaskan madu antaranya untuk rawatan sakit kulit, ulser dan sakit tekak.

Orang Mesir purbakala menggunakan MADU LEBAH sebagai bahan asas merawat pesakit yang terbakar, melecur. MADU LEBAH juga diguna untuk merawat mangsa perang yang luka teruk dan terbakar.

Bertahun-tahun rahsia penyanyi Opera Itali menggunakan madu untuk rawatan sakit tekak dan melegakannya agar dapat menyanyi dengan merdu.

Perang dunia kedua menyaksikan doktor-doktor Jerman menggunakan campuran MADU LEBAH dan limpa ikan kod terhadap askar mereka yang luka teruk dalam peperangan supaya dapat bertahan dan meneruskan perang.

MADU LEBAH terdiri dari bahan antioksida yang tinggi kaya dengan sumber vitamin, mineral dan amino asid. Ia juga amat berguna sebagai anti-mikrob dan ianya diiktiraf sebagai sumber pemberi tenaga semulajadi yang hebat.

MADU ASLI
Madu lebah asli dan berqualiti sukar diperolehi. madu yang banyak terdapat dipasaran kadangkala dicampur dengan bermacam-macam capuran oleh peniaga untuk mengaut keuntungan semata tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna. Adakalanya kita terbeli madu tiruan yang hanya mengandugi gula biasa yang telah diproses menjadi seperti madu ianya berbahaya kepada yang ada penyakit kerana rupanya tiada beza dengan madu asli. Tidak dinafikan banyak juga madu asli dipasaran tetapi telah mengalami proses pengawetan dan pengurangan kandungan air supaya tahan lama dan tidak meletup dalam simpanan. Proses yang demikian telah merosakkan separuh dari enzim yang bernilai yang terdapat dalam madu asli.

PERBEZAAN MADU ASLI & TIRUAN
- Madu campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus

- Madu sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu

- Sukar untuk membezakan antara madu asli dan tiruan melainkan menerusi ujian makmal

- Bagi mereka yang biasa makan madu tulin, dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu tiruan.



Blog EntryCIPTAAN ILAHINov 19, '07 11:57 AM
for everyone

ReviewReviewReviewReviewReviewGinsengNov 19, '07 11:54 AM
for everyone
Category:Other
GINSENG

Ginseng berasal daripada perkataan sehinseng/ jen-shen/ ren-shen (bahasa Cina) yang membawa makna “tumbuhan manusia” .Ini kerana kemiripan bentuk akarnya dengan tubuh manusia .Nama ginseng dalam bahasa Latin atau sainstifik ialah Panax .Panax berasal daripada famili Araliaceae dan mempunyai hubungan yang rapat dengan famili Panacea .Panax bermaksud mengubati segala penyakit .Ginseng China lebih dikenali sebagai Panax ginseng .Selain itu ,terdapat juga ginseng liar di benua Amerika Utara yang dikenali sebagai Panax quinquefolium .Sementara di Jepun ia dikenal sebagai Panax japonica.

Ginseng adalah terkenal di kalangan masyarakat Cina dan Korea sebagai ubat sejak 5000 tahun yang lalu .Ginseng dipercayai selama berabad –abad untuk menjaga kesihatan dan menyembuhkan penyakit serta telah berbudaya dalam kehidupan masyarakat Cina dan Korea sampai hari ini .Ginseng China dan Korea ternyata merupakan tanaman yang sama jenis iaitu Panax ginseng dari famili Araliaceae .Seiring dengan kemajuan masa kini , ginseng telah diusahakan dalam pelbagai bentuk produk untuk dipasar ke luar negeri.Antara produk yang dipasarkan ialah the ginseng ,tablet dan madu.

PERTUMBUHAN GINSENG
Ginseng ialah tumbuhan yang berumur panjang dan boleh tumbuh sehingga beratusan tahun .Ginseng liar biasanya tumbuh berlimpah di hutan –hutan pergunungan yang gelap dan daerah yang memiliki iklim 4 musim yang berbeza.Ginseng adalah tumbuh di bawah naungan pohon- pohon lain dan menghindari secara langsung dari sinar mahatari .Ginseng memang akan merana kalau tumbuh di tempat terbuka.Ginseng juga memerlukan curah hujan yang cukup dengan fluktuasi siang dan malam yang besar .Tanah yang sesuai untuknya ialah lempung berpasir .

Pertumbuhan ginseng adalah lambat sekali .Pada umur 5 tahun ,tanaman baru mulai bercabang dan berbatang dua kerana cabang itu muncul langsung dari tanah.Pada umur itu tanaman belum berbunga .Setelah berumur 10 tahun dan bercabang empat barulah ada satu cabang khusus yang ditumbuhi bunga .Ginseng akan berbunga pada setiap musim bunga .Sesebatang ginseng yang matang akan mempunyai 5 daun di tangkainya.Tiga daun berukuran besar dan dua lagi berukuran kecil.Kuntum bunga ginseng adalah berwarna kelabu dan akan bertukar menjadi gugusan buah yang berwarna merah tua pada penghujung musim panas.Bunganya berukuran kecil seperti biji kemiri.

Bentuk akarnya berbentuk seperti tubuh manusia .Akarnya bercabang dan panjang.Kulitnya kuning dan putih dalam bahagian dalaman .Panjangnya bervariasi iaitu daripada beberapa sentimeter(pada tanaman yang berumur beberapa tahun ) sampai 30 cm (pada tanaman 10 tahun ke atas ),Akarnya berbau pahit dan manis.Sari akar ginseng itu mengandungi panaksosida(sejenis glikosida saponin).

JENIS –JENIS GINSENG
Ginseng dapat dibahagikan kepada 2 jenis variasi yang asli.Yang diketahui oleh kebanyakan orang ialah Panax ginseng dan Panax quinquefolius.Panax ginseng juga dikenali sebagai ginseng Asiatic ,China atau Korea.Panax quinquefolius juga dikenali sebagai ginseng Amerika.Disamping itu ,terdapat juga ginseng lain yang dikenali sebagai Panax notoginseng,Panax pseudo-ginseng,Panax japonica,Panax trifolius,Panax zingeberinsis,Panax stipuleanatus,dan Panax vietnamensis.Semua ginseng yang asli mempunyai nama genus Panax dalam bahasa Latin ( Saintifik ) . Terdapat juga banyak variasi tumbuhan yang sama dengan ginseng tetapi bukan ginseng asli. Kesemua itu ada yang berkait dengan ginseng tetapi kebanyakan adalah tidak ada hubungan langsung dengan ginseng asli.

Antaranya ialah Eleutheroeoccus senticosis ( Serbian ginseng ) yang ada hubungan dengan ginseng asli tetapi bahan kimia adalah berlainan .Pfaffia paniculata (Brazilian,Suma atau Amerika Selatan ginseng) adalah tidak ada berkaitan dengan ginseng asli dan tidak ada bahan kimia yang sama.Di samping itu ,ginseng Korea adalah sama asalnya dengan ginseng China iaitu Panax ginseng. Kedua-duanya berasal dari Manchuria iaitu utara China dan Korea utara.Panax ginseng adalah berwarna merah kerana ginseng tersebut telah diproses dengan cara-cara rahsia oleh pencari ginseng bagi tujuan mengeringkannya. Kesan Panax ginseng ke atas fisiologi badan manusia ia akan memanaskan badan manusia mengikut kepercayaan orang Cina tentang prinsip Yin Yang.

Sementara ginseng Jepun adalah mirip kepada ginseng Cina dari segi batangnya tetapi berbeza dari segi akarnya.Akar Panax japonica lebih mirip kepada akar bambu .Rasanya juga lebih pahit dan mudah harganya. Ia lebih banyak dipakai sebagai ubat batuk dan antidemam.Buah ginseng juga banyak dimanfaatkan sebagai ubat dan tidak terhad kepada akarnya.Kandungan ginsenosida lebih banyak tumpu di buahnya berbanding dengan akarnya.

Ginseng Amerika (Panax quinquefolium) mengandungi panaquilin (di Amerika disebut sang) adalah berukuran tinggi 10-20 inci .Akarnya bercabang samar seperti kaki dan tangan manusia .Selain itu , rasanya agak pahit pada permulaan dan manis kemudian .Di Amerika, ekstra akar sang dipakai sebagai adaptogen .Nilai perubatan ginseng Amerika adalah lebih tinggi daripada Panax ginseng kerana kandungan ginsenosida adalah lebih tinggi daripada Panax ginseng .Akan tetapi terdapat sesetengah jenis ginsenosida yang terkandungan di Panax ginseng adalah tidak dapat di ginseng Amerika.

KANDUNGAN GINSENG
Kandungan kimia yang telah diketahui adalah saponin dan glikosida. Glikosida pada akar ginseng dikenal sebagai ginsenosida .Selain itu, akar ginseng juga mengandungi 16jenis ginsenosida seperti minyak asiri ,panasena,resih,musilago,asam panax,fitosterol,hormon,vitamin B,kabohirat dan selulosa.Pada tahun 1960 an, sejenis sebatian yang dikenal sebagai “terpenidol glycisides” telah ditemui oleh pengkaji-pengkaji Moscow dan Tokyo.Eksperimen telah dijalankan ke atas tikus dan didapati sebatian tersebut telah membekalkan tenaga kepada tikus tersebut.Sebatian tersebut telah dikesan dan disahkan terdiri daripada molekul gula dan molekul terpenoid.Terpenoid ialah sejenis hormon tumbuhan yang serupa dengan hormon haiwan .Kemudian “terpenidol glycisides” telah dinamakan ginsenosida.Yang menjadikan ginseng terkenal sebagai “ubat segala penyakit” ialah peranan yang dimainkan oleh ginsenosida.

PEMPROSESAN GINSENG
Ginseng dapat diproses dengan pelbagai cara.Akar ginseng yang digali dari dalam tanah dinamakan watery ginseng (su-sam).Su-sam diproses menjadi akar ginseng putih (pac-sam) ,akar ginseng kuning(hwang-sam) dan akar ginseng merah(hong-sam). Akar ginseng putih diperolehi dengan mengupas su-sam dengan pisau yang dibuat daripada bambu. Setelah dibersihkan , ia dikeringkan di bawah sinaran matahari.Jika cuaca tidak mengizinkan ,maka ia perlu dikeringkan di atas api (arang) atau dalam oven .

Ginseng kuning diperolehi dengan mengupaskan atau mengkukuskan su-sam lalu ia dikeringkan .Sementara ginseng merah dibuat dengan mengstimkan su-sam selama 3-4 jam ,lalu meletakkan di ruang kering dan dipanaskan di bawah matahari.Dengan proses stim yang betul , ginseng dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa menjejaskan khasiatnya.

Ginseng putih adalah berwarna sedikit kuning putih sementara ginseng merah berwarna bening dan coklat kemerahan.Kandungan kimia terutamanya unsur ginsenosida dan saponin kedua-kedua jenis ginseng adalah berbeza.

KHASIAT DAN KEGUNAAN GINSENG
Ginseng merupakan anugerah terbaik tuhan kepada manusia kerana untuk menjaga daya ketahanan mental dan fizikal manusia.Ginseng banyak digunakan oleh masyarakat Cina , Korea , Jepun , Eropah , Rusia dan Amerika Syarikat sebagai ubat awet muda , stimulan ,penyegar dan sebagai ubat memanjangkan umur manusia .Adalah dipercayai oleh masyarakat Cina dari segi perubatan tradisional bahawa semakin tua ginseng tersebut maka semakin khasiat ginseng tersebut dan sudah tentu lebih mahal harganya.

Di Korea , ginseng lebih terkenal sebagai ubat untuk menjaga kesihatan , mencegah timbulnya penyakit , memperbaiki kesihatan secara umum dan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh . Hampir setiap hari mereka meluangkan masa untuk meminum teh ginseng .

Secara am, khasiat ginseng adalah untuk:
a)Menguatkan tubuh dan menyimpan energi;
b)Menguatkan fungsi jantung dan menghilangkan stress ;
c)Penawar racun dan meningkatkan ketahanan melawan penyakit ;
d)Menyempurkan diabetes dan menguatkan fungsi limpa ;
e)Mencegah masuk penyakit melalui organ pernafasan ;
f)Merangsang pembentukan darah dan memperbaiki sistem sirkulasi;
g)Menggiatkan sistem pencernaan dan membantu menjalankan fungsinya dengan baik.

Selain daripada itu , ginseng dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit . Antaranya ialah :

Merawati kanser
Pengkaji-pengkaji Korea dan Rusia mendapati pesakit yang memakan dos ginseng yang ditetapkan berkemampuan menahan peningkatan penggunaan dadah anti kanser .Eksperimen telah dijalankan ke atas tikus dimana tikus yang diberi ginseng berjaya merendahkan paras klorohidrat , ubat pelali dan alkohol dalam badannya. Ahli sains juga mendapati bahawa tikus tersebut menyembuh dengan lebih pantas dan apabila dipancar dengan sinar -X, daya resisten bertambah dua kali ganda.

Menambahkan keharmonian rumahtangga
Para pengkaji mendapati ginseng mengandungi kandungan tertentu yang boleh merangsang keaktifan hormon seks dan menambahkan kekuatan lelaki dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami .Di Rusia , doktor mendapati bahawa ginseng dapat mengubati pesakit yang mandur dan memantapkan peredaran kitar haid .

Penuaan
Ginseng melambatkan proses penuaan yang umum dengan menjanakan proses pengaliran darah yang sihat. Ginseng mencegah penyakit kardiovaskular dan mengurangkan keletihan badan.Maka ginseng boleh dikatakan sebagai perangsang yang selamat untuk kegunaaan berterusan.Pada awal dinasti Shang , penduduk pada waktu itu telah tahu menggunakan ginseng untuk mengurangkan kesakitan pada sendi.

Diabetes
Ginseng digunakan untuk mengubati diabetes kerana keberkesanan ginseng mewujudkan satu sistem metabolisme yang sihat dan bersih .Diabetes ialah ketidakseimbangan paras glukosa dalam darah.Ginseng boleh meningkatkan glukosa dalam darah jika badan kekurangan glukosa akibat kesuntikan insulin yang berlebihan . Sebaliknya jika glukosa dalam tubuh haiwan meningkat dengan mendadak ginseng boleh merendahkannya. Inilah fungsi ginseng sebagai pengimbang aras glukosa dalam tubuh manusia. Walaubagaimanapun , ginseng hanya boleh digunakan sebagai pembantu ubat dan bukan sebagai pengganti ubat.

Mengurangkan tekanan kehidupan
Kajian yang lepas dan masa kini menunjukkan ginseng berkesan menangani masalah tekanan hidup. Kajian yang dijalankan di Korea , Rusia , Bulgaria , Amerika Utara dan London telah mendapati bahawa tikus yang diberi dos ginseng akan melengahkannya daripda tekanan hidup.Buku yang berjudul “Ginseng ,The Magical Herb of the East” yang dikarang oleh Stephen Fulder , menyatakan pengambilan ginseng membolehkan seseorang di bawah tekanan kembali kepada normal dengan cepat. Adalah menjadi tradisi bagi askar Cina membawa ginseng ke medan peperangan dengan tujuan mengurangkan tekanan dan meningkatkan kecergasan askar Cina. Sementara pengkaji China dan Korea mendapati bahawa ginseng memberikan kesan positif kepada kelenjar adrena dan aktiviti minda.

Tenaga , kecergasan dan daya ketahanan
Pada tahun 1980 an , segolongan pengkaji dari Universiti California mendapati bahawa keefisenan penghasilan tenaga dalam badan . Ketika haiwan melakukan kegiatan kecergasan seperti bersenam . Ginseng akan membekalkan lebih banyak tenaga untuk meningkatkan pencapaian seseorang itu. Di samping itu , ginseng dapat menstabilkan kadar metabolisme badan dengan menggalakkan pencernaan makanan , penghasilan tenaga dari makanan yang dicerna dan menyingkirkan toksik dalam tubuh badan.Kandungan ginsenosida dalam ginseng mungkin memanfaatkan sistem saraf dalam tubuh manusia dengan mengalirkan lebih banyak darah ke otak dan mengaktifkan neuron tranmister di otak

Menguatkan sistem keimunan
Di Jepun , para pengkaji mendapati bahawa ginseng dapat menguatkan sistem keimunan dengan mengukuhkan daya ketahanan sel darah putih yang bertindak sebagai pengawai keselamatan dan antibodi bertindak sebagai senjata yang melawan mikroorganisma.Ginseng memperbanyakkan sel darah putih dengan merangsang proses penghasilan sel darah putih di sumsum tulang.

KAJIAN SAINSTIFIK TENTANG KESAN GINSENG
Sebenarnya eksperimen sainstifik tentang keberkesanan ginseng telah banyak dijalankan dan mendapati bahawa dakwaan orang Cina tentang fungsi ginseng sebagai ubat adalah sah dan benar.Walaubagaimanapun , terdapat juga kajian yang dijalankan mendapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak sah . Kenyataan tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan nyata ia perlu dijelaskan secara teliti untuk menghapuskan kemusyikiran dikalangan pengamal ginseng.

Orang Cina adalah mempercayai bahawa Panax ginseng berguna untuk memelihara kesihatan dan mencegah penyakit pada musim sejuk dan luruh .Panax ginseng melambangkan Yang , kepanasan dan tenaga ,oleh itu ia tidak sesuai digunakan pada musim panas . Sebaliknya , ia sesuai digunakan untuk merawat dan mencegah penyakit “sejuk” seperti kekurangan peredaran darah , percernaan , pertumbuhan metabolisme lambat dan kekurangan keinginan seksual. Panax ginseng juga sesuai digunakan sebagai perangsang untuk mewujudkan tindakbalas rangsangan bagi orang yang lemah dan tua serta orang yang tidak sihat badan .

Ginseng Amerika melambangkan Yin , sejuk , dan rangsangan mempermuda.Oleh itu, ia sesuai digunakan pada musim bunga dan musim panas. Dengan kata lain , ia lebih berkesan pada cuaca panas. Menurut sesetengah orang Cina , Panax ginseng mencipta aktiviti rangsangan dan ginseng Amerika membina tenaga (Stephen Fulder- The Ginseng Book, 1996). Ginseng Amerika sesuai untuk digunakan oleh orang yang muda , sihat dan aktif badannya.

Ini semua adalah kerana orang Cina mempercayai bahawa Panax ginseng memberi kesan kepada orang yang tua brbanding ginseng Amerika yang memberi kesan kepada orang yang sihat dan aktif. Banyak kajian menunjukkan bahawa ginseng tidak memberi kesan jika pengendalian ramuan ubatnya salah terutama menurut perubatan tradisional Cina .

.Menurut kajian yang dijalankan secara rawak ke atas 120 orang termasuklah lelaki dan perempuan yang berumur antara 30-60 telah menampakkan kesan baik daripada penggunaan ginseng .Bagi golongan tua iaitu dalam lingkungan umur 40-60 , penggunaan ginseng telah mendatangkan hasil yang baik dalam memperbaiki fungsi paru-paru terutama bagi mereka yang menghidap barah paru-paru.Daripada statistik yang dikumpul , ia menunjukkan orang yang dikaji setelah menggunakan ginseng kesihatan mereka semakin baik berbanding kumpulan penawar(P.0.01-0.001) . Bagaimanapun , bagi golongan muda (umur 30-40) ia tidak menunjukkan sebarang kesan (Forgo , 1980 , Forgo et al , 1981 as quoted on The Ginsengs by Christopher Hobbs. 1996.).

KESIMPULAN
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ginseng memainkan peranan yang penting dalam perubatan tradisional Cina bagi mencegah penyakit dan memelihara tubuh badan supaya sentiasa sihat kerana mencegah adalah lebih baik daipada mengubat. Oleh itu , sejak dulu lagi ginseng telah digunakan sebagai ubat dalam penggunaan harian dalam masyarakat Cina dan Korea.Semakin tua ginseng maka semakin bernilai ginseng tersebut dalam mengubati penyakit serta khasiatnya lebih tinggi. Ginseng juga digunakan untuk memanjangkan umur berdasarkan metos bahawa ginseng telah wujud beratus–ratus tahun .Maka orang yang makan pun akan panjang umur seperti ginseng . Ginseng adalah tidak dapat berpisah daripada masyarakat Cina dan Korea. Sekarang ginseng telah mendapat kedudukan dalam bidang perubatan Cina dan barat .




ReviewReviewReviewReviewReviewZafaranNov 18, '07 9:15 PM
for everyone
Category:Other
Saffron

Sejenis tumbuhan kecil (small perennial plant) dari keluarga Iridacea. Di tanam di beberapa buah negara terutama Iran, Spain, Turke, India & Itali. 80% pengeluar saffron terbesar di dunia ialah Iran. Biasanya bulan Ogos atau September. Saffron akan menghasilkan bunga berwarna merah keunggu-ungguan. Keunikan Saffron di sebabkan Aroma (Safranal), Color (Crocine) dan Flovour (Picocrocine). Saffron di kenali sebagai rempah termahal di dunia kerana Stigma Saffron yang dikeringkan dianggarkan 150,000 - 200,000 bunga diperlukan untuk mendapatkan 1 kilogram stigma kering.
Kajian saintifik Bunga Saffron
Nama : SAFFRON (Keluarga Iridaceae)
Nama sainsifik : Crocus Sativus, Crocus Saffron
Lain-lain nama : Zaffran, Saffran, Kesar, Koma - koma, Kungumapu, KumKum Fan Hung Hua, Zafaran (arab) warna kuning.
Kaitan Sejarah : Tidak di ketahui sebenarnya sejak bila Saffron berada dan tumbuh di Iran. Tetapi sejarah dan penyelidikan mendapati ia tumbuh dan berada di Iran sahaja. Pada kurun ke 7 (7th Century) pokok ini telah di bawa oleh pedagang Islam dari Iran ke negara Morocco. Seterusnya ke Andalusia (Spain) dan Sicily (Itali). Dari situ, ia di bawa ke kawasan Asia terutama India & China oleh orang Mongolia di dalam buku "Pun Tsaou 1552-78". Saffron telah digunakan berzaman-zaman secara meluas sebagai bahan kosmetik, masakan, minuman, pewangi, pewarna, industri makanan, perubatan & farmasiutikal.
Kaitan Agama : Dikaitkan dengan kesukaan Nabi Sulaiman a.s terhadap aromatiknya, bagi agama Buddha dan Hindu dikaitkan pada warna pada pakaian & warna rasmi manakala agama Kristian menjadikan ia sajian makanan dan minuman Saffron teristimewa yang disediakan pada majlis - majlis keramaian penganut Kristian dan kegemilangan zaman Roman empayar.
Kaitan Perubatan : Berbagai-bagai ujian klinikal oleh saintis dan pakar - pakar kimia mengesahkan bahawa ekstarak Saffron memiliki nilai perubatan yang tinggi. Perubatan Agurveda sejak ribuan tahun telah menggunakan bahan ektrak Saffron dalam lebih dari 20 jenis ubat - ubatannya. Perubatan Unani mahupun perubatan Barat juga mengambil kesempatan ke atas bahan ekstrak semulajadi ini.
Penyelidikan Perubatan Terhadap S a f f r o n (Agurveda)
Saffron telah disebut & dicatatkan didalam perubatan Ayurvedic sejak ribuan tahun (500BC) Ia adalah bahan “ penting” didalam setiap resipi perubatan. Dikenali sebagai “ Kumkum” atau “ Kuma-kuma”.
Lebih daripada 20 ubat-ubatan Ayurvedic yang memiliki bahan “ Saffron”

• Asthma
• Atritis
• Acne & Skin Diseases
• Insect bites
• Liver disorders (hati)
• Mental disorders (minda)
• Neurasthenia ~ penyalit berkaitan dengan Severe stress or depression, fatigue, Intolerance to noise, irritability.
• Splenic disorders ~ limpa
• Painful menstruation
• Sore throat
• Ketidak suburan

PENYELIDIKAN UNANI
• REDUCE INFLAMMATION ~ Panas, bengkak, kemerahan & sakit.
• AS STIMULANT~ Perangsang
• STOMATIC PROBLEMS ~ Usus/perut
• REMEDY FOR ENLARGEMENT OF LIVER~ Hati
• INFECTION OF URINARY
• BLADDER/KIDNEY~ Pundi kencing & Buah pinggang
• MENSTRUAL DISORDERS ~ Ganguan pusingan haid
• STRENGTHEN THE HEART~ Mengperkuatkan jantun
• REFRIGERANT FOR THE BRAIN ~ Bahan penyejuk otak.

PENYELIDIKAN WESTERN (BARAT)
• KIDNEY PROBLEMS ~ Buah pinggang
• CARDIAC MEDICAMENT EFFECT ~ Jantung
• INCREASE APPETITE ~ Meningkatkan selera
• HEADACHES & HANGOVERS ~ Sakit kepala/kurang tidur
• CATARTHES INFECTION (NOSE) ~ Hidung
• OTITIS-INFLAMMATION OF EAR ~ Telinga
• MELANCHOLIA ~ Menung, Hiba, Murung
• ENLARGEMENT OF LIVER & SPLEEN ~ Hati/Limpa
• NERVE SEDATIVE ~ Saraf
• EXANTHEMATOUS DISEASES ~ diseases related to fever & skin eruptions. (measeles, skin rash, rubella, chicken pox)
• MENGURANGKAN KOLESTROL
• INCREASE ANTI-BACTERIAL & ANTI-
• VIRAL IN THE BODY~Antibody
• ANTI-TUMOUR & ANRI CANCEROUS
• ACTIVITIES.


Bahan-Bahan Penting

1- KAYA DENGAN RIBOFLAVIN (B2) * penting sebagai coenzyme dalam:
~ Pertukaran lemak, gula, protein kepada gula) proses metabolic.
~ Kulit yang cantik dan sihat.
~ Imbangan asiditi badan.

2- KAYA DENGAN THIAMINE (B1)
~ Keperluan jantung
~ Keperluan system saraf
~ System penghadaman
BAHAN CROCETIN
~ Mengurangkan kolestrol (reduce)
~ Mengurangkan peluang mendapat serangan jantung (Heart Attack)


KESELURUHAN KAJIAN KLINIKAL
• ANTIPOISONOUS ~ Anti Keracunan
• APHRODISIAC ~ Menaikan Syahwat
• CARDIOTONIC~ Berkaitan Jantung
• CARNINATIVE~ Pigmen Merah
• DIAPHORETIC~ Kaitan dengan demam, stress, kepanasan, pernafasan
• DIURETIC~ Bahan-bahan meningkat penghasilan & pembuangan kencing, edema, hypertemia, heart failure.
• EMMENAGOGUE~ Bahan berkaitan dengan menstruation
• FEBRIFUGE~ Agen hipotemia
• STIMULANT~ Agen perangsang
• LIVOTONIC~ Kaitan dengan hati
• NERVINETONIC~ System saraf
• SEDATIVE~ Agen mengurangkan aktiviti & terlalu ghairah (excitation)
• STYPTIC PROPERTIES~ Relieves anxiety, calmss a person, control bleeding firming the skin.



Photo AlbumMixMay 13, '06 5:00 PM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd

ReviewReviewReviewReviewReviewRenunganMay 5, '06 1:09 AM
for everyone
Category:Other
KEMAMPUANNYA menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia tujuh tahun amat membanggakan dan kejayaannya muncul naib johan pertandingan tahfiz peringkat negeri Perak pada sambutan Maulidur Rasul 11 April lalu memberi kepuasan kepada kedua-dua ibu bapanya yang berjaya mengasah bakat luar biasanya.

Nuramirah Azhari, 10, yang mula mengenal al-Quran pada usia lima tahun berjaya menamatkan hafalannya dua tahun kemudian selepas dilatih sehelai muka surat setiap hari oleh ibunya, Nurzahidah Hashim, 37. Dia belajar antara tujuh hingga lapan jam sehari.

Tanpa menunjukkan sebarang rasa jemu, Nuramirah empat beradik bersama abangnya Muhammad Adam, 12, Nurnabilah, 8, dan Muhammad Amin, 5, berlatih menghafaz al-Quran empat kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, petang dan malam untuk mengasah daya ingatan mereka.

Lebih membanggakan Nuramirah sudah mempunyai 10 anak murid berusia antara enam hingga 12 tahun sejak setahun lalu dan dia berazam memastikan anak-anak muridnya itu berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun dengan berlatih sehelai muka surat setiap hari.

Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengku Husin, Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak, Nuramira menyatakan rasa gembira kerana tarikh lahirnya mengikut kalendar Islam adalah sama dengan tarikh lahir Rasulullah s.a.w..

“Mungkin ini kelebihannya (sama tarikh lahir dengan Rasulullah), tetapi yang penting kalau hendak jadi seorang huffaz atau hafizah yang baik kita mesti berlatih bersungguh-sungguh,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor atau pensyarah universiti. Ibunya, Nurzahidah dan bapanya, Azhari Abu Hassan, 39, seorang pelukis pelan mengajar Nuramirah dan anak-anaknya menghafaz al-Quran setiap hari sebaik sahaja mereka berusia lima tahun sementara anak bongsunya, Muhammad Aslam, yang baru berusia dua tahun diberi pendedahan awal melihat abang dan kakaknya mengaji.

Jadual

Menurut Nurzahidah, beliau dan suami menyediakan jadual waktu khas untuk dipraktikkan oleh anak-anaknya. Bermula pukul 5 pagi mereka disuruh bangun membersihkan diri untuk bersolat tahajud, subuh dan membaca al-Quran sebelum berehat selama sejam setengah bermula pukul 7 pagi.

Selepas dikejutkan semula pada pukul 8.30 pagi untuk membersihkan diri dan bersarapan mereka akan berlatih semula menghafaz al-Quran pada pukul 9.45 hingga 1 tengah hari sebelum berhenti rehat untuk bersembahyang zuhur dan makan tengah hari.

Pada pukul 2 petang hingga 2.30 petang anak-anak diajar ilmu dakwah, akhlak, matematik, sains dan bahasa Inggeris. Mereka akan direhatkan selama sejam untuk tidur pada pukul 3 hingga 4 petang sebelum dikejutkan untuk sembahyang asar dan kembali menghafaz al-Quran sehingga pukul 6.15 petang.

Nurzahidah memberitahu, anak-anaknya akan berehat semula selama 45 minit untuk bermain dan pada sebelah malam seawal pukul 7 mereka sudah dihidangkan makan malam sebelum kembali menghafaz sehingga pukul 9.45 malam bersama anak-anak muridnya seramai lebih 30 orang.

“Pada pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam mereka akan disuruh berlatih sekali lagi menghafaz dan pada waktu malam juga saya akan turut mengumpulkan anak-anak untuk bermuzakarah bagi memberi ruang kepada mereka meluahkan masalah masing-masing kerana pendekatan kami berdamping sambil mendidik.

“Inilah amalan harian kami dan pada hari-hari tertentu saya akan pastikan anak-anak dibawa menziarahi sanak-saudara atau sahabat handai serta membawa mereka beriadah seperti pergi ke taman permainan atau berenang. Kami tidak mahu mengongkong kehidupan zaman kanak-kanak mereka,” jelasnya.

Walaupun memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya mengikuti pendidikan formal, Nurzahidah dan Azhari mengajar mereka membaca, menulis dan mengira di rumah dan tetap bertegas untuk mengekalkan cara didikan sedemikian dengan mendaftarkan mereka mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Menengah Agama kelak.

Ilmu akhirat

Dengan alasan tersendiri mereka mahu kesemua anaknya dibekalkan dengan ilmu akhirat kerana yakin dengan cara tersendiri anak-anak akan menjadi manusia berguna dan kukuh pegangan agama berbanding anak-anak yang dihantar ke sekolah biasa.

“Anak yang dihantar ke sekolah tidak akan berada di rumah untuk tempoh yang panjang, pagi ke sekolah, petang mereka mengikuti aktiviti kokurikulum, pergi mengaji dan malam mengikuti kelas tuisyen, justeru berapa jam yang ada untuk kita bersama-sama mereka,” soalnya.

Mengenai petua yang diamalkan, Nurzahidah memberitahu, semasa mengandung beliau akan membaca surah Yasin, membaca al-Quran dan banyak berdoa ketika bersolat. Beliau juga akan memastikan hanya mendapat pemeriksaan dan rawatan daripada doktor wanita ketika mengandung sehingga melahirkan anak.

Dari segi pemakanan pula, beliau tidak menyediakan masakan tertentu sebaliknya percaya air tangan setiap ibu merupakan pengikat kasih yang paling mustajab untuk melembutkan hati anak-anak kerana bermula daripada menumis sehingga menghidangkan makanan beliau akan berselawat dan membaca doa tertentu.

“Saya dan suami akan duduk bersama anak-anak untuk bersarapan, makan tengah hari, petang dan malam bersama-sama kerana pada kesempatan itu kita boleh bermuzakarah dan menjelaskan kepada mereka tentang sesuatu perkara seperti hubungan erat sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat,” katanya.

Sementara itu, Azhari memberitahu, untuk membolehkan anak-anak memberi tumpuan kepada menghafaz al-Quran, rumahnya tidak mempunyai televisyen. Sebaliknya mereka hanya menyediakan sebuah radio untuk membolehkan keluarga mengikuti perkembangan semasa.

“Alhamdulillah anak-anak tidak pernah bersungut kerana sejak kecil lagi mereka sudah diajar supaya menjadi seorang tahfiz, malah saya bimbang dengan adanya televisyen tumpuan mereka pada al-Quran sedikit terganggu.

“Saya juga tidak akan memewahkan anak-anak dengan wang ringgit kerana tidak mahu mereka lalai sebaliknya membelikan barangan yang perlu sahaja,” katanya.

Menurut Azhari, ibu bapa yang berhasrat mendidik anak sebagai tahfiz perlu mengikis tanggapan bahawa mereka juga perlu menjadi tahfiz kerana beliau dan isteri bukannya tahfiz tetapi bersyukur kerana dapat mendidik anak-anak sebagai tahfiz dan mempunyai lebih 30 anak murid.


Photo AlbumMenarik_LazatMay 5, '06 12:10 AM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd
Jangan lupe mencubanya....

Photo AlbumASFOURMar 12, '06 3:50 PM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd
Kedai barangan kristal.

MusicDOAFeb 17, '06 5:02 PM
for everyone
Jangan putus asa untuk terus berdoa.....
Wasiat Ibrahim Adham Vol 2   
Wasiat Ibrahim Adham Vol 1   

MusicMuslimah SejatiFeb 17, '06 12:14 PM
for everyone
Kecantikan sering disalah tafsirkan.
12 Tip Kecantikan Ideal